
Jom kenali lutut kalian.
Hari ini saya nak share tentang kesihatan lutut.
Sakit lutut ini akan jadi perkara biasa pada kalian yang berumur lebih dari 50 tahun.
Adakah perkara macam ini adalah normal atau norma baru di zaman sekarang?
Jom kita bahaskan tentang kesihatan lutut.
Ramai yang beranggapan sakit lutut ini puncanya kerana lutut.
Lutut sebenarnya adalah sendi.
Pertemuan antara 4 tulang besar ini membentuk sendi lutut.
√ Tulang peha (Femur)
√ Tulang tempurung lutut (Patella)
√ Tulang betis (Fibula)
√ Tulang kering (Tibia)
Tulang-tulang ini diikat oleh tali-tali.
Tali-tali inilah yang kita panggil otot, ligament dan tendon.
Contohnya;
√ Otot peha belakang (Hamstring)
√ Otot peha depan(Quadriceps)
√ Otot betis (Gastrocnemius)
√ Anterior Cruciate Ligament (ACL)
√ Posterior Cruciate Ligament (PCL)
√ Quadriceps Tendon
Untuk berjalan, tulang ini perlu digerakkan oleh tali-tali ini.
Tapi bila semakin tua, tali-tali ini jadi makin pendek.
Kesannya ruang antara sendi tulang semakin menyempit.
Menyebabkan jumlah gel dalam sendi lutut semakin berkurang.
Pergeseran antara tulang semakin meningkat.
Akhirnya tulang rawan semakin menipis dan mencederakan saraf.
Itulah awal dari rasa sakit lutut.
Post seterusnya saya akan share tentang kenapa sakit lutut.
Bila tambah tua, kenapa tambah sakit lutut?
Kita jumpa nanti ya gais!
Muhamad Harif Bin Hussin.
Stay healthy!