5 Kebaikan Mengambil Sarapan Pagi ❤️

5 Kebaikan mengambil sarapan pagi ❤️

Anda sarapan apa pagi ni ? Dah sarapan ?

Kalau belum, Jom kami kongsikan kepada anda 5 kebaikan yang boleh kita dapat dari sarapan pagi.

1. Sarapan pagi mampu meningkatkan kemampuan Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur.

Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

2. Metabolisme badan boleh ditingkatkan dari sarapan pagi, kerana Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan.

3. Sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

4. Kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

5. Menurut satu kajian lagi, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari.

Jadi, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi kita okay?


About Us

  • Adreena Holistic Wellness

    Tubuh badan yang tidak sihat itu terjadi kerana kesan dari perubahan fikiran dan perasaan yang kurang gembira dan bahagia. Bila kita gembira dan bahagia, tubuh badan pasti kembali sihat.